Testing 1 Pengenalan 1.1 Tujuan Sistem Tujuan pembangunan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak atau dikenali sebagai eCOSS adalah untuk menaiktaraf sistem sedia ada bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan sistem yang digunakan oleh pihak KPDN di peringkat ibu pejabat dan negeri. Pembangunan sistem ini mestilah memenuhi keperluan berikut: a) Membina sebuah platform yang berupaya untuk melaksanakan kawalan pembelian minyak masak bersubsidi yang lebih sistematik dan komprehensif selaras dengan tatacara dan pekeliling yang digariskan. b) Mempertingkatkan kecekapan sistem agar data dan maklumat yang diperlukan dapat dijana dengan cepat dari semasa ke semasa. c) Integrasi dengan sistem dalaman dan luaran untuk memperoleh maklumat berkaitan bagi pembangunan aplikasi mudah alih. d) Menyediakan sistem yang mudah digunakan oleh pengguna dalaman ataupun awam. e) Memberi kepercayaan kepada pengguna sistem dan merangkumi teknologi serta inovasi terkini. f) Sistem dibangunkan menggunakan infrastruktur Kementerian yang sedia ada, mesra pengguna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi. 1.2 Skop Sistem Skop Sistem eCOSS yang akan dibangunkan merangkumi perkara berikut: a) Membangunkan fungsi pengekstrakan Data Dokumen ( Document Data Extraction) bagi Modul Pendaftaran Syarikat , Modul Jualan dan modul lain yang terlibat. Fungsi ini akan digunakan untuk pengecaman aksara optikal atau Optical Character Recognition (OCR) untuk pengesahan dan penyemakan dokumen yang dimuat naik oleh pengguna eCOSS ke dalam sistem. b) Membangunkan Modul Kawalan Rantaian Pengedaran mengikut rantaian pengedaran minyak masak eCOSS seperti berikut: i. Rantaian Pengedaran: Pengilang ke Syarikat Pembungkus ii. Rantaian Pengedaran: Syarikat Pembungkus ke Pemborong iii. Rantaian Pengedaran: Syarikat Pembungkus ke Peruncit iv. Rantaian Pengedaran: Syarikat Pemborong ke Pemborong v. Rantaian Pengedaran: Syarikat Pemborong ke Peruncit vi. Rantaian Pengedaran: Pengilang & Pembungkus ke Pemborong vii. Rantaian Pengedaran: Pengilang & Pembungkus ke Peruncit viii. Rantaian Penjualan oleh Syarikat Peruncit ke Pengguna c) Membangunkan aplikasi mudah alih eCOSS yang mengambil kira semua kriteria pelaksanaan kaedah subsidi bersasar minyak masak seperti berikut: i. Kelayakan Kumpulan Sasar ii. Nilai Subsidi iii. Lain – lain (Tertakluk kepada keperluan Kementerian dan Kerajaan). d) Menyediakan penyelesaian integrasi dengan sistem dan data seperti berikut: i. Sistem/ Data Dalaman KPDN ii. SSM iii. Sistem E-mail iv. Data JPN (Status Hidup dan Mati) v. Sistem Perbankan vi. eKasih vii. LHDN (Data BKM dan Data Percukaian) viii. Jabatan Perangkaan Malaysian (DOSM) ix. Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) e) Membangunkan Modul Kawalan Akses Pengguna bagi aplikasi mudah alih eCOSS. f) Membangunkan hab integrasi iGFMAS untuk lima (5) connector bagi tujuan integrasi Sistem eCOSS dan Sistem iGFMAS JANM.     1.3 Senarai Aktor Sistem Jadual 1 merupakan senarai aktor yang dikenalpasti terlibat dengan Sistem eCOSS ini. Jadual 1 : Senarai Aktor Sistem Aktor Keterangan Admin Sistem/ Admin Syarikat Pentadbir kepada sistem dan bertanggungjawab menguruskan dan mengawal selia sistem. Pengguna Awam/ Peniaga Mikro Pengguna sistem yang terdiri daripada orang/ pengguna akhir yang membeli dan menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan daripada peruncit. Pemandu Entiti yang melakukan penghantaran produk daripada penjual kepada pembeli. Pelapor Entiti yang melaporkan salah laku dan kesalahan pemandu kepada KPDN atau Kilang atau Syarikat. Pengilang Entiti yang membekalkan minyak masak sawit tulen kepada syarikat pembungkus. Pengilang & Pembungkus Pengilang yang melakukan aktiviti pembungkusan minyak masak subsidi pek polibeg 1kg. Pembungkus Entiti yang memiliki dan menjalankan aktiviti pembungkusan minyak masak subsidi pek polibeg 1kg. Pemborong Entiti yang membeli minyak masak daripada pembungkus dan membekalkan kepada pemborong atau peruncit. Peruncit Entiti yang membeli minyak masak daripada pembungkus atau pemborong dan menjualnya kepada pengguna akhir. Pegawai KPDN Orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan semakan dan pengesahan akan permohonan dan transaksi yang didaftarkan di dalam sistem. Penguatkuasa Orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan naziran dan melihat penjualan dan pembelian minyak masak yang telah direkodkan oleh kilang, pembungkus, pemborong dan peruncit dalam sistem eCOSS.